Spinal spondylosis ialah satu diagnosis yang popular dikalangan doktor untuk penyakit tulang belakang. Diagnosis ini tidak membantu dalam rangka rawatan sakit belakang anda.Sebenarnya ianya hanyalah satu terma umum yang merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang. Apa yang berlaku ialah proses kemerosotan struktur, intergriti dan fungsi pada beberapa struktur tulang belakang samada melibatkan sendi (artritis) cakera (slipped disc, sakit discogenik) ataupun pada tulang dan ligamen. Contohnya bila cakera mengalami proses penuaan, kemerosotan yang berlaku dalam annulus fibrosis dan nucleus proposes didalamnya akan menjadikannya lemah dan tidak mampu menyokong berat badan.Bila dinding cakera lemah maka rekahan boleh berlaku. Tekanan yang kuat yang berlarutan ini seterusnya akan menjurus kepada cakera tergelincir melalui dinding yang lemah.
Sakit belakang dikalangan orang tua selalunya disebabkan oleh proses penuaan juga. Fakta ini kita dapat terima dengan baik kerana sudah dijangka. Tapi kenapa pula proses penuaan pada tulang belakang kini berlaku pada orang muda? Kenapa kita boleh dapat penyakit tulang belakang yang serius diusia muda?
No comments:
Post a Comment