Anda masih sakit walaupun telah menjalani semua rawatan? Anda yakin bahawa anda telah mengikuti semua kaedah rawatan? Tapi mengapa anda masih mengalami kesakitan yang amat sangat? Mengapa anda masih tidak mampu untuk membuat sebarang kerja? Jom kita sama-sama mencari punca dan cara penyelesaiannya di sini (',') Harap anda semua akan berpuas hati selepas membacanya (',') Minta jasa baik semua untuk memberi sebarang komen dan cadangan...Kerjasama yang diberi, amat dihargai (',')

4 Apr 2011

Apa itu rawatan suntikan Nucleoplasty?


Nucleoplasty adalah satu rawatan alternative kepada penyakit cakera tergelincir bagi pesakit yang dikenalpasti perlu dilakukan pembedahan. Kaedah ini merupakan satu lagi kaedah suntikan radiofrekuensi dimana haba dialirkan kedalam tengah cakera dapat mengawal kesakitan pesakit.

Rawatan ini dilakukan didalam bilik pembedahan dibawah kawalan X-Ray. Ianya dilakukan oleh doktor pakar kesakitan kronik atau doktor orthopedic yang terlatih. Suntikan ubat bius akan diberikan pada kulit pada belakang anda. Sebatang jarum yang khusus akan disuntik melalui kiri atau kanan belakang anda terus masuk kedalam cakera tulang belakang. Melalui jarum ini, haba pada 40-60 darjah celsius dialirkan ke tengah cakera yang tergelincir. Haba yang yang terbentuk dalam cakera ini akan melarutkan tisu nukleas (tengah) cakera yang menyebabkan penurunan tekanan yang ketara dalam cakera tersebut. Disebabkan tisu cakera bersifat anjal, maka penurunan tekanan ini meyebabkan bahagian cakera yang tergelincir itu mengecut semula. Pengecutan ini menyebab tekanan kepada akar saraf oleh cakera tergelincir tadi dapat dialihkan.Dengan itu sakit dari akar saraf yang tersepit tadi (sakit seperti renjatan elektrik yang turun kekaki) akan beransur pulih.

Teknik nucleoplasty merupakan satu kaedah pemanasan dalam cakera, tetapi suhu yang yang agak rendah yang digunakan menyebabkan keerosakan minima pada tisu persekitaran jika kebocoran berlaku. Teknik ini mampu memberikan penyembuhan yang cepat dan pesakit hanya perlu dimasuk ke dalam wad selama satu hari sahaja. Kelegaan segera dari rasa sakit merupakan ciri utama teknik baru ini dan biasanya selepas satu hari suntikan dibuat. Pesakit mampu kembali kepada aktiviti asal mereka pada keeosakan harinya. Kesan sampingan yang sering berlaku ialah rasa pedih pada kulit bekas dari suntikan dilakukan.Ianya akan beransur hilang dalam 3-5 hari.

No comments:

Post a Comment