Anda masih sakit walaupun telah menjalani semua rawatan? Anda yakin bahawa anda telah mengikuti semua kaedah rawatan? Tapi mengapa anda masih mengalami kesakitan yang amat sangat? Mengapa anda masih tidak mampu untuk membuat sebarang kerja? Jom kita sama-sama mencari punca dan cara penyelesaiannya di sini (',') Harap anda semua akan berpuas hati selepas membacanya (',') Minta jasa baik semua untuk memberi sebarang komen dan cadangan...Kerjasama yang diberi, amat dihargai (',')

4 Apr 2011

Apa itu kaedah suntikan radiofrekuensi?


Ia merupakan satu kaedah suntikan dalam merawat berbagi jenis kesakitan kronik.Jarum disuntik pada tempat yang sakit atau saraf yang berfungsi membawa isyarat sakit.Jarum ini akan akan disambung pada wayar elektrik radiofrekunsi yang bersambung dengan mesin radiofrekuensi yang khas.Mesin ini berfungsi untuk menyalurkan haba pada hujung jarum tersebut. Kaedah ini akan menjana haba pada ketinggian 60-80 celsius yang digunakan untuk “melemahkan” dan seterusnya mengganggu fungsi saraf tersebut. Saiz lesion yang berlaku pada tisu hanya sebesar saiz hujung putik kapas. Dengan cara ini rasa sakit akan dapat dikawal kerana perjalanan signal sakit pada saraf tersebut dapat di rencatkan. 

Antara jenis-jenis kesakitan yang boleh dirawat melalui kaedah ini adalah:
  • Sakit sendi facet (tengkok, pinggang dan thorasik)
  • Sakit belakang dari cakera tergelincir (slipped disc)
  • Sakit belakang spinal stenosis
  • Sakit berpunca dari saraf seperti Trigeminal neuralgia, sakit akar saraf
  • Pening kronik seperti Pening kluster, pening occipital (belakang tengkok)
  • Kesakitan muka kronik
  • Sakit sendi pinggul
  • Sakit tulang ekor/koksik
  • Sakit saraf selepas jangkitan kayap (Post herpetic neuralgia)
  • Sakit otot kronik
  • Kesakitan yang berpunca dari kanser organ seperti pankreas, hati, perut, organ peranakan.
  • Penyakit ganguan saraf autonomic seperti Chronik regional pain syndrome (CRPS), penyakit saraf kencing manis.
  • Masalah aliran darah tersumbat dikaki atau tangan seperti dalam penyakit kencing manis dan penyakit vascular lain.Rawatan radiofrekunsi dapat meningkatkan aliran darah lalu kaki akan panas semula. Hasilnya amputasi/potong kaki dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment