Anda masih sakit walaupun telah menjalani semua rawatan? Anda yakin bahawa anda telah mengikuti semua kaedah rawatan? Tapi mengapa anda masih mengalami kesakitan yang amat sangat? Mengapa anda masih tidak mampu untuk membuat sebarang kerja? Jom kita sama-sama mencari punca dan cara penyelesaiannya di sini (',') Harap anda semua akan berpuas hati selepas membacanya (',') Minta jasa baik semua untuk memberi sebarang komen dan cadangan...Kerjasama yang diberi, amat dihargai (',')

4 Apr 2011

Apa itu Sakit Kronik?


           Definisi kesakitan ialah rasa yang tidak selesa daripada segi rangsangan deria dan emosi yang berkait dengan kecederaan tisu dan boleh juga berlaku tanpa kecederaan.
            Biasanya, kesakitan disebabkan kecederaan tisu nampak dengan mata kasar, contohnya patah tulang kaki akibat kemalangan yang dikategorikan sebagai kesakitan akut. 

Definisi kesakitan kronik ialah kesakitan tubuh badan yang kronik dan berpanjangan lebih dari 6 bulan. Contohnya sakit belakang, sakit tengkok, sakit sendi, sakit kepala/migrine, sakit berpunca dari kanser, sakit yang berlarutan selepas pembedahan dan sakit saraf (neuropathic pain).

No comments:

Post a Comment