Anda masih sakit walaupun telah menjalani semua rawatan? Anda yakin bahawa anda telah mengikuti semua kaedah rawatan? Tapi mengapa anda masih mengalami kesakitan yang amat sangat? Mengapa anda masih tidak mampu untuk membuat sebarang kerja? Jom kita sama-sama mencari punca dan cara penyelesaiannya di sini (',') Harap anda semua akan berpuas hati selepas membacanya (',') Minta jasa baik semua untuk memberi sebarang komen dan cadangan...Kerjasama yang diberi, amat dihargai (',')

4 Apr 2011

Bolehkah kesakitan kronik diubati?


Di hospital, pesakit kesakitan kronik dirawat di klinik kesakitan kronik (pain clinic). Bagi pesakit yang terlantar dalam wad, rujukan boleh dibuat kepada pakar kesakitan kronik. Adalah menjadi “standard practice” bahawa pesakit akan dinilai/dirawat oleh pelbagai doktor dari discipline yang berlainan untuk menghasil resolusi rawatan terbaik.

Kebanyakan kesakitan kronik dapat dikawal jika pesakit memberikan kerjasama dan mematuhi rawatan yang telah dirancang oleh doktor. Setiap kaedah mempunyai peranan yang penting dan tidak boleh diabaikan. Rawatan secara komprehensif dan multimodal adalah rawatan yang utama untuk kejayaan merawat kesakitan kronik.

Anda perlu tahu bahawa keberkesanan rawatan adalah bergantung kepada jenis kesakitan anda, setiap individu mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadap rawatan dan ubatan yang diberikan. Kesakitan yang sama tidak semestinya dapat dikawal dengan ubat yang sama kepada semua pesakit. Anda boleh berbincang dengan doktor sekiranya rawatan yang sedia ada tidak membantu atau terdapat kesan sampingan ubat yang tidak diingini. Ada ubat pilihan lain yang dapat membantu anda. Selain daripada ubatan terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dipertimbangkan oleh doktor sebagai alternatif contohnya kaedah intervensi (suntikan), fisioterapi dan rawatan cognitive (cognitve behaviour therapy).

No comments:

Post a Comment