Anda masih sakit walaupun telah menjalani semua rawatan? Anda yakin bahawa anda telah mengikuti semua kaedah rawatan? Tapi mengapa anda masih mengalami kesakitan yang amat sangat? Mengapa anda masih tidak mampu untuk membuat sebarang kerja? Jom kita sama-sama mencari punca dan cara penyelesaiannya di sini (',') Harap anda semua akan berpuas hati selepas membacanya (',') Minta jasa baik semua untuk memberi sebarang komen dan cadangan...Kerjasama yang diberi, amat dihargai (',')

4 Apr 2011

Kesakitan kronik menjejaskan kehidupan anda

Setiap individu mempunyai pengalaman dan tindakbalas yang berbeza terhadap kesakitan mereka. Ianya kadangkala menjadi sukar bagi orang lain untuk memahami masalah anda, orang yang paling tepat untuk menakrifkan sakit adalah diri anda sendiri, maka adalah penting untuk anda memberikan gambaran yang jelas tentang keperitan  pengalaman kesakitan anda dan kesannya dalam kehidupan anda kepada doktor yang merawat.

             Kesakitan kronik tidak membunuh anda tetapi ia boleh membunuh kehidupan anda. Anda tentu sedia maklum bahawa banyak aktiviti yang anda suka kini tidak dapat dilakukan disebabkan oleh kesakitan ini. Kesakitan kronik seolah-olah mengongkong kehidupan anda. 
 
Masalah-masalah yang mungkin akan dialami adalah seperti berikut:  
    • Gangguan tidur
    • Keletihan berpanjangan
    • Kesedihan, bimbang, mudah marah, putus asa dan depresi (kemurungan)
    • Tidak dapat memberi perhatian kepada keluarga  yang tersayang
    • Anda tidak dapat bersosial dan melakukan hobi anda
    • Merasa terasing dalam dunia sendiri
    • Takut untuk bersenam atau bergerak, menyebabkan otot menjadi lemah, kecut dan sendi menjadi ketat (deconditioning)
    • Hilang mata pencarian dan hilang pekerjaan
    • Wujudnya tekanan kepada ahli keluarga yang lain.
    • Bergantung kepada orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
    • Risiko kegemukan (obesiti)

No comments:

Post a Comment