Anda masih sakit walaupun telah menjalani semua rawatan? Anda yakin bahawa anda telah mengikuti semua kaedah rawatan? Tapi mengapa anda masih mengalami kesakitan yang amat sangat? Mengapa anda masih tidak mampu untuk membuat sebarang kerja? Jom kita sama-sama mencari punca dan cara penyelesaiannya di sini (',') Harap anda semua akan berpuas hati selepas membacanya (',') Minta jasa baik semua untuk memberi sebarang komen dan cadangan...Kerjasama yang diberi, amat dihargai (',')

11 May 2011

Sakit tulang ekor (coccydynia)


Sakit tulang ekor (tail bone) atau istilah perubatannya coccydynia ialah kesakitan kronik yang dirasai pada hujung tulang punggung yang berhampiran dengan anus. Di sebabkan kedudukan tulang ini dihujung punggung kesakitannya bersifat amat mekanikal. Maksudnya kesakitan akan lebih dirasai bila tekanan secara langsung dikenakan kepada tulang ekor tersebut seperti duduk atas kerusi, menunggang motosikal atau ditekan dengan jari. Ianya disebabkan oleh keradangan yang berlaku atau geseran dikeliling tulang ekor tersebut.




     Bila anda mengidap kesakitan ini anda perlu bertemu pain specialist kerana mereka ada rawatan yang terbukti berkesan.  Di Pain Clinic HUSM kaedah prolotherapy dan radiofrequency menjadi keutamaan. Ini adalah kerana pesakit yang dirujuk disini telah menemui kegagalan dalam strategi rawatan sebelum itu. Mereka telah lama menderita kesakitan dan kini tibalah masanya mereka menerima rawatan terbaik untuk coccydynia.  Di Pain Clinic HUSM, kami telah merawat ramai pesakit yang mengalami coccydynia ini dengan kejayaan hampir 100%.
 

Kaedah intervensi (interventional pain management)

Kaedah secara intervensi adalah kaedah suntikan khas yang dilakukan pada tubuh yang sakit. Prosedur ini dilakukan dalam bilik pembedahan dibawah kawalan X-Ray atau mesin ultrasound. Pakar kesakitan kronik tidak melakukan pembedahan, hanya suntikan. Terdapat 100 kaedah suntikan dengan perbagai jarum yang berbeza yang boleh dilakukan bergantung kepada jenis penyakit. Suntikan ini bertujuan untuk mempercepatkan kelegaan sakit yang amat sangat dikalangan pesakit. Ianya juga dilakukan sebagai penyelamat jika tablet/kapsul sebelum itu tidak berkesan. Setengah kes didapati kesan tablet/kapsul lebih effektif selepas menjalani kaedah suntikan. Kaedah suntikan ini amat popular dikalangan pesakit yang mengalami kesakitan tulang belakang dan tengkok. Dalam kes-kes tertentu, kaedah intervensi boleh menjadi rawatan pilihan selain daripada rawatan pembedahan tulang belakang pada kos yang lebih murah dan selamat. Biasanya kaedah ini dilakukan oleh pakar kesakitan kronik yang terlatih untuk menjamin penyembuhan dan mengelakkan komplikasi. Di Hospital Universiti Sains Malaysia kaedah intervensi ini telah menjadi keutamaan dan telah dapat menyembuhkan ramai pesakit.

Contoh teknik intervensi yang selalu dilakukan ialah:


  • Suntikan ubat ke dalam sendi
  • Injeksi Botox pada otot yang sakit
  • Rawatan Radiofrequency pada saraf yang sakit
  • Epiduroplasty
  • Suntikan  Epidural
  • Intrathecal pump
  • Spinal cord stimulation
  • Intradiscal radiofrequency therapy.
  • Prolotherapy