Anda masih sakit walaupun telah menjalani semua rawatan? Anda yakin bahawa anda telah mengikuti semua kaedah rawatan? Tapi mengapa anda masih mengalami kesakitan yang amat sangat? Mengapa anda masih tidak mampu untuk membuat sebarang kerja? Jom kita sama-sama mencari punca dan cara penyelesaiannya di sini (',') Harap anda semua akan berpuas hati selepas membacanya (',') Minta jasa baik semua untuk memberi sebarang komen dan cadangan...Kerjasama yang diberi, amat dihargai (',')

4 Apr 2011

Artikel Sinar Harian 2011

Di ruangan Citra/Tanya Pakar/Kesihatan dalam Sinar Harian...Artikel ini merupakan soal jawab antara doktor dan orang awam...Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan artikel tersebut boleh mendapatkan akhbar Sinar Harian setiap 2minggu sekali hari Ahad.

  • Mac
    1. Sakit leher, tangan kebas
    2. Sakit saraf menjalar ke kaki
    3. Sakit pinggang jejas tugas harian
    4. Rawatan gel atau buang lemak
    • April
      1. Belakang sengal, kaki kebas
      2. Jari lemah hingga terlepas cawan
      3. Mencari punca sakit tengkuk
      4. Lumpuh 60%
        • Mei
          1. Kembung perut, sakit dada
          2. Jalan tidak seimbang
          3. Tidak pasti jika cakera tergelincir
          4. Sakit hingga susah menyarung pakaian
          5. Bedah atau suntik
          6. Bergantung pada minyak panas
            • Jun
              1. Regangan McKenzie tambah kesakitan
              2. Pening tidak hilang
                • Julai 
                  1. Radiofrekuensi penyelesaian terbaik cakera tergelincir, sakit sendi faset
                  2. Slipped disc
                  3. Sengsara kerana pening 
                  • Ogos

                  • September
                  1. Tabiat suka 'Patahkan' tengkuk
                  2. Merana selepas pembedahan
                  •  Oktober
                  1. Sakit sendi juga penyakit kronik
                  2. Beza radiofrequency, nucleoplasty
                  3. Sakit sendi faset bolet melarat ke bahu
                  4. Derita hidup Anlylosing Spondylosis
                  • November
                  1. Frozen Shoulder
                  2. Cervical Facet Syndrome

                        Tip untuk penjagaan tulang belakang

                        • Berjalan.
                        • Duduk
                        • Memandu
                        • Mengangkat objek berat.
                        • Ketinggian pada tempat kerja
                        • Batuk dan bersin
                        • Tidur
                        • Menyarung seluar.
                        • Elakkan pergerakan atau situasi yang memberi impak langsung kepada tulang  belakang.

                        Apa itu rawatan Epiduroplasti?


                        Suntikan khusus yang dilakukan pada tulang belakang yang bertujuan untuk lembutkan dan melarutkan parut yang menjadi punca kesakitan tersebut. Tisu parut boleh menyebabkan sakit dengan cara memerangkap atau menyentap akar saraf yang terdapat pada ruang epidural ini. Pesakit akan rasa sakit belakang dan kadang kadang akan menjalar turun kekaki. Rawatan epiduroplasti akan “membaik pulih” ruang epidural ini supaya bebas dari parut. Jadi bila parut ini dipecahkan maka akar saraf ini akan bebas dan kesakitan dapat dihentikan.

                        Apa itu rawatan suntikan Nucleoplasty?


                        Nucleoplasty adalah satu rawatan alternative kepada penyakit cakera tergelincir bagi pesakit yang dikenalpasti perlu dilakukan pembedahan. Kaedah ini merupakan satu lagi kaedah suntikan radiofrekuensi dimana haba dialirkan kedalam tengah cakera dapat mengawal kesakitan pesakit.

                        Rawatan ini dilakukan didalam bilik pembedahan dibawah kawalan X-Ray. Ianya dilakukan oleh doktor pakar kesakitan kronik atau doktor orthopedic yang terlatih. Suntikan ubat bius akan diberikan pada kulit pada belakang anda. Sebatang jarum yang khusus akan disuntik melalui kiri atau kanan belakang anda terus masuk kedalam cakera tulang belakang. Melalui jarum ini, haba pada 40-60 darjah celsius dialirkan ke tengah cakera yang tergelincir. Haba yang yang terbentuk dalam cakera ini akan melarutkan tisu nukleas (tengah) cakera yang menyebabkan penurunan tekanan yang ketara dalam cakera tersebut. Disebabkan tisu cakera bersifat anjal, maka penurunan tekanan ini meyebabkan bahagian cakera yang tergelincir itu mengecut semula. Pengecutan ini menyebab tekanan kepada akar saraf oleh cakera tergelincir tadi dapat dialihkan.Dengan itu sakit dari akar saraf yang tersepit tadi (sakit seperti renjatan elektrik yang turun kekaki) akan beransur pulih.

                        Teknik nucleoplasty merupakan satu kaedah pemanasan dalam cakera, tetapi suhu yang yang agak rendah yang digunakan menyebabkan keerosakan minima pada tisu persekitaran jika kebocoran berlaku. Teknik ini mampu memberikan penyembuhan yang cepat dan pesakit hanya perlu dimasuk ke dalam wad selama satu hari sahaja. Kelegaan segera dari rasa sakit merupakan ciri utama teknik baru ini dan biasanya selepas satu hari suntikan dibuat. Pesakit mampu kembali kepada aktiviti asal mereka pada keeosakan harinya. Kesan sampingan yang sering berlaku ialah rasa pedih pada kulit bekas dari suntikan dilakukan.Ianya akan beransur hilang dalam 3-5 hari.

                        Apakah rawatan konservatif untuk cakera tergelincir?


                        1. Suntikan epidural steroid. Teknik ini samalah dengan kaedah epidural untuk mengurangkan sakit bersalin. Cumanya selain dari ubat bius, doktor juga akan memasukkan sedikit steroid untuk mengurangkan bengkak dan keradangan pada akar saraf yang terhimpit oleh cakera tergelincir.Teknik ini paling tepat jika dilakukan oleh pakar sakit kronik.Sakit saraf yang menjalar turun kekaki akan lega serta merta. Lebih awal suntikan dibuat maka akan lebih baik kesan penyembuhannya. Keberkesanan suntikan epidural ini lebih ketara jika suntikan dibuat dalam satu bulan pertama.

                        1. Sentiasa aktif dan bergerak sekadarnya. Ini akan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen pada cekera yang cedera itu. Rehat dikatil sambil melakukan traction tidak lagi diguna pakai sekarang ini.Elakkan pergerakan yang boleh mencetuskan rasa sakit tersebut seperti membongkok atau terlalu cepat menukar posisi.

                        1. Ubat penahan sakit seperti paracetamol, celebrex dapat membantu. Selain dari itu anda juga akan diberi ubat saraf seperti gabapentin. Ubat untuk melembutkan otot belakang juga kan diberi seperti baclofen kerana keadaan ini biasanya disusuli dengan kekejangan otot belakang.

                        1. Senaman yang khusus yang bertujuan untuk menguatkan otot perut dan belakang. Dua otot ini perlu dikuatkan kerana mereka berperanan sebagai penyokong semula jadi tulang belakang (corset).

                        1. Mengelakkan pergerakan dan posisi tertentu yang boleh mencetus semula kejadian cakera tergelincir. Mekanik badan (body mechanic) yang betul akan diajar dalam melakukan fungsi harian samada di tempat kerja atau dirumah.

                        1. Kurangkan berat badan.

                        Penyebab utama kesakitan belakang kronik


                        • Kecederaan pada otot rangka yang kronik yang disebabkan oleh tabiat posisi, ergonomik dan  biomekanik yang tidak sihat.
                        • Sakit sendi facet dan spondylosis -Penyakit ini disebabkan oleh proses penuaan (degenerative disease) pada tulang belakang.
                        • Sakit berpunca dari disk (discogenic pain) –penyakit ini disebabkan proses penuaan yang berlaku dalam cakera tulang belakang (disc).Pesakit akan  mengalami kesakitan dalam disk walaupun tanpa kegelinciran disk.
                        • Disk tergelincir (Slipped disc)- sakit ini akan menyebabkan pesakit sakit belakang yang menjalar turun ke kaki.Batuk dan bersin akan menambah kesakitan. Begitu juga jika pesakit tunduk kehadapan.
                        • Spinal stenosis- sakit ini juga akan menyebabkan pesakit sakit belakang yang menjalar turun kekaki.Tapi sakit akan bertambah kuat jika pesakit berjalan hingga terpaksa berhenti rehat
                        • Spondylolisthesis.-tulang belakang yang tergelincir diantara satu sama lain.
                        • Kelainan struktur seperti tulang belakang yang bengkok (kyphosis atai scoliosis) dan struktur tulang punggung (pelvis) dan sebagainya.
                        • Kanser pada tulang belakang.
                        • Sakit arthritis pada sendi pinggul (sacroiliac joint)
                        • Osteoporosis
                        •  “Referred pain” dari penyakit organ dalam abdomen dan pelvis
                        • Penyakit keradangan (inflammatiion) atau jangkitan kuman pada tulang belakang.

                        Spinal spondylosis


                        Spinal spondylosis ialah satu diagnosis yang popular dikalangan doktor untuk penyakit tulang belakang. Diagnosis ini tidak membantu dalam rangka rawatan sakit belakang anda.Sebenarnya ianya hanyalah satu terma umum yang merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang. Apa yang  berlaku ialah proses kemerosotan struktur, intergriti dan fungsi pada beberapa  struktur tulang belakang samada melibatkan sendi (artritis) cakera (slipped disc, sakit discogenik) ataupun pada tulang dan ligamen. Contohnya bila cakera mengalami proses penuaan, kemerosotan yang berlaku dalam annulus fibrosis dan nucleus proposes didalamnya akan menjadikannya  lemah dan tidak mampu menyokong berat badan.Bila dinding cakera lemah maka rekahan boleh berlaku. Tekanan yang kuat yang berlarutan ini seterusnya akan menjurus kepada cakera tergelincir melalui dinding yang lemah.

                        Sakit belakang dikalangan orang tua selalunya disebabkan oleh proses penuaan juga. Fakta ini kita dapat terima dengan baik kerana sudah dijangka. Tapi kenapa pula proses penuaan pada tulang belakang kini berlaku pada orang muda? Kenapa kita boleh dapat penyakit tulang belakang yang serius diusia muda?

                        Apakah sendi facet thorasik?


                        Sendi facet thorasik berada dikiri dan kanan tulang vertebral thorasik. Tulang belakang thorasik terletak pada bahagian tengah menyambungkan vertebral tengkok (cervicel) dan pinggang (lumbar). Setiap segmen mempunyai sepasang sendi facet yang kecil sebesar kacang pis yang berfungsi untuk meyambung dan membenarkan pergerakan putaran diantara segmen vertebral.Vertebral thorasik  ini di lindungi dengan dua belas tulang- rusuk yang dapat berfungsi menyerap dan mengagihkan tekanan pada sendi facet.  Oleh kerana pergerakan harian kita kurang melibatkan vertebral thorasik,maka secara perbandingannya proses “wear n tear” kurang berlaku disini jika dibandingkan pada bahagian tengkok dan pinggang. Maka tidak hairanlah ramai doktor tidak arif tentang menifestasi penyakit arthritis sendi facet ini.Oleh kerana tulang vertebral thorasik ada belas kesemuanya kesakitan boleh berlaku pada sepanjang tulang tersebut.

                        Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal (Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?

                        Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah haba radiofrekuenci  untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki. Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang belakang.

                        Apa itu kaedah suntikan radiofrekuensi?


                        Ia merupakan satu kaedah suntikan dalam merawat berbagi jenis kesakitan kronik.Jarum disuntik pada tempat yang sakit atau saraf yang berfungsi membawa isyarat sakit.Jarum ini akan akan disambung pada wayar elektrik radiofrekunsi yang bersambung dengan mesin radiofrekuensi yang khas.Mesin ini berfungsi untuk menyalurkan haba pada hujung jarum tersebut. Kaedah ini akan menjana haba pada ketinggian 60-80 celsius yang digunakan untuk “melemahkan” dan seterusnya mengganggu fungsi saraf tersebut. Saiz lesion yang berlaku pada tisu hanya sebesar saiz hujung putik kapas. Dengan cara ini rasa sakit akan dapat dikawal kerana perjalanan signal sakit pada saraf tersebut dapat di rencatkan. 

                        Antara jenis-jenis kesakitan yang boleh dirawat melalui kaedah ini adalah:
                        • Sakit sendi facet (tengkok, pinggang dan thorasik)
                        • Sakit belakang dari cakera tergelincir (slipped disc)
                        • Sakit belakang spinal stenosis
                        • Sakit berpunca dari saraf seperti Trigeminal neuralgia, sakit akar saraf
                        • Pening kronik seperti Pening kluster, pening occipital (belakang tengkok)
                        • Kesakitan muka kronik
                        • Sakit sendi pinggul
                        • Sakit tulang ekor/koksik
                        • Sakit saraf selepas jangkitan kayap (Post herpetic neuralgia)
                        • Sakit otot kronik
                        • Kesakitan yang berpunca dari kanser organ seperti pankreas, hati, perut, organ peranakan.
                        • Penyakit ganguan saraf autonomic seperti Chronik regional pain syndrome (CRPS), penyakit saraf kencing manis.
                        • Masalah aliran darah tersumbat dikaki atau tangan seperti dalam penyakit kencing manis dan penyakit vascular lain.Rawatan radiofrekunsi dapat meningkatkan aliran darah lalu kaki akan panas semula. Hasilnya amputasi/potong kaki dapat dielakkan.

                        Petua berguna untuk pengidap kesakitan kronik


                        • Kesakitan kronik adalah tidak bahaya (chronic pain means no harm).
                        • Kesihatan adalah harta (health is wealth).
                        • Serampang banyak mata (many stones kill one bird).
                        • Masa adalah ubat (time is medicine).
                        • Berehat akan lebih memudaratkan (rest will rust).
                        • Penjagaan vs penyembuhan (care vs cure).

                        Bolehkah kesakitan kronik diubati?


                        Di hospital, pesakit kesakitan kronik dirawat di klinik kesakitan kronik (pain clinic). Bagi pesakit yang terlantar dalam wad, rujukan boleh dibuat kepada pakar kesakitan kronik. Adalah menjadi “standard practice” bahawa pesakit akan dinilai/dirawat oleh pelbagai doktor dari discipline yang berlainan untuk menghasil resolusi rawatan terbaik.

                        Kebanyakan kesakitan kronik dapat dikawal jika pesakit memberikan kerjasama dan mematuhi rawatan yang telah dirancang oleh doktor. Setiap kaedah mempunyai peranan yang penting dan tidak boleh diabaikan. Rawatan secara komprehensif dan multimodal adalah rawatan yang utama untuk kejayaan merawat kesakitan kronik.

                        Anda perlu tahu bahawa keberkesanan rawatan adalah bergantung kepada jenis kesakitan anda, setiap individu mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadap rawatan dan ubatan yang diberikan. Kesakitan yang sama tidak semestinya dapat dikawal dengan ubat yang sama kepada semua pesakit. Anda boleh berbincang dengan doktor sekiranya rawatan yang sedia ada tidak membantu atau terdapat kesan sampingan ubat yang tidak diingini. Ada ubat pilihan lain yang dapat membantu anda. Selain daripada ubatan terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dipertimbangkan oleh doktor sebagai alternatif contohnya kaedah intervensi (suntikan), fisioterapi dan rawatan cognitive (cognitve behaviour therapy).

                        Kesakitan kronik menjejaskan kehidupan anda

                        Setiap individu mempunyai pengalaman dan tindakbalas yang berbeza terhadap kesakitan mereka. Ianya kadangkala menjadi sukar bagi orang lain untuk memahami masalah anda, orang yang paling tepat untuk menakrifkan sakit adalah diri anda sendiri, maka adalah penting untuk anda memberikan gambaran yang jelas tentang keperitan  pengalaman kesakitan anda dan kesannya dalam kehidupan anda kepada doktor yang merawat.

                                     Kesakitan kronik tidak membunuh anda tetapi ia boleh membunuh kehidupan anda. Anda tentu sedia maklum bahawa banyak aktiviti yang anda suka kini tidak dapat dilakukan disebabkan oleh kesakitan ini. Kesakitan kronik seolah-olah mengongkong kehidupan anda. 
                         
                        Masalah-masalah yang mungkin akan dialami adalah seperti berikut:  
                          • Gangguan tidur
                          • Keletihan berpanjangan
                          • Kesedihan, bimbang, mudah marah, putus asa dan depresi (kemurungan)
                          • Tidak dapat memberi perhatian kepada keluarga  yang tersayang
                          • Anda tidak dapat bersosial dan melakukan hobi anda
                          • Merasa terasing dalam dunia sendiri
                          • Takut untuk bersenam atau bergerak, menyebabkan otot menjadi lemah, kecut dan sendi menjadi ketat (deconditioning)
                          • Hilang mata pencarian dan hilang pekerjaan
                          • Wujudnya tekanan kepada ahli keluarga yang lain.
                          • Bergantung kepada orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
                          • Risiko kegemukan (obesiti)