Anda masih sakit walaupun telah menjalani semua rawatan? Anda yakin bahawa anda telah mengikuti semua kaedah rawatan? Tapi mengapa anda masih mengalami kesakitan yang amat sangat? Mengapa anda masih tidak mampu untuk membuat sebarang kerja? Jom kita sama-sama mencari punca dan cara penyelesaiannya di sini (',') Harap anda semua akan berpuas hati selepas membacanya (',') Minta jasa baik semua untuk memberi sebarang komen dan cadangan...Kerjasama yang diberi, amat dihargai (',')

3 Aug 2011

Apa itu penyakit arthritis sendi pinggul?


Sakit pada sendi pinggul ini selalunya disebabkan oleh arthritis yang biasanya di sabitkan dengan proses penuaan (degenerative disease).  Penuaan ini pula disabitkan oleh permukaan sendi yang haus dan proses keradangan (inflammation) yang di sebabkan oleh penggunaan yang melampau (wear and tear). Sebab lain boleh berlaku ialah seperti kecederaan, kanser, juga penyakit arthritis lain seperti Ankylosisng Spondylosis atau Rheumatoid arthritis.  Struktur  belakang yang tidak seimbang dan panjang kaki yang tidak seimbang juga telah diketahui sebagai penyebab kesakitan pada sendi pinggul ini.




          Rawatan mujarab yang di berikan oleh pakar kesakitan kronik ialah teknik radiofrekuensi dan juga suntikan ubat steroid pada sendi pinggul. Teknik ini melibatkan suntikan pada beberapa saraf kecil yang mensarafi sendi ini. Arus elektrik yang berfrekuensi tinggi disalurkan pada jarum khas tersebut yang bertujuan untuk “melumpuhkan” saraf ini. Kesannya ialah isyarat rasa sakit akan terbantut dan pesakit akan rasa tidak sakit serta merta. Kejayaan kami merawat pesakit dengan kaedah ini mencapai 90%.

2 comments: